Wednesday 26 August 2015

Jom Berfarewell Party!

Assalamualaikum.

Di malam yang sejuk berserta angin sepoi-sepoi bahasa,
Tangan rasa nak menaip pulak. :D

Hari ni saya nak bercerita mengenai majlis perpisahan yang kami aturkan khas untuk 2 orang sahabat kami di ICU,PPUKM. Sorang akan merantau ke Arab Saudi dan berkerja disitu. Alhamdulillah. Memang rezeki dia. Sorang lagi akan balik ke unit GOT, PPUKM iaitu berhadapan dengan ICU. :P

Walaupun berhadapan, kitorang tau, kompom susah punya nak jumpe nanti.
Apatah lagi yang jauh di Arab sana.

So, tempat yang dipilih ialah Taman Tasik Permaisuri yang betul-betul berhadapan dengan PPUKM. Oleh disebabkan susah nak dapat cuti beramai-ramai, so kitorang decide untuk buat pagi. Lepas makan, boleh gi kerja terus! Awesome.

Cik Pah & Jasz :*

Konsep makanan. Potluck style. 


Geng ICU yang datang :)

Sayang korang semua!
Wefie time! Dulu. tangan sapa paling panjang. Dia la jadi momopod. haha :D

Selesai. Time ni semua sibuk pikir pasal kerja pulak. :P
Pekerja contoh la katakan.
Geng Junior.


Perut sudah kenyang, sila jaga pesakit pulak yea. hihi :)

Simple jer farewell party kitorang. Apa yang penting? Kenangan yang kita sama-sama dapat. Tak gitew? 
hihi :D

Ok, Bye! 
Setiap pertemuan ada perpisahan.
Loves all of you. muahciked. :**

Saturday 13 September 2014

Keep Calm & Wear Handsock



assalamualaikum.

sape kat sini yang pakai handsock?

yeayy! sep sikit.
berita baik untuk korang penggemar handsock.


saya ada jual pelbagai jenis handsock yang dijahit sendiri  mengikut keselesaan anda!
anda boleh memilih sendiri warna-warna yang menarik.
dengan harga yang berpatutan.



handsock kasih
RM 16 



handsock aimuni
RM25


handsock sweet flower
RM15


handsock Zaskia 
RM18


handsock kosong
RM10


handsock beads
RM18


handsock diamond
RM20


handsock walimah
RM20

handsock jejari ninja
RM6


semua harga tidak termasuk postage fee yea. 
postage fee : RM6


jemput la jengok page kami di husna jamil collection ! 
banyak lagi produk-produk muslimah yang boleh anda perolehi.


ok, bye! :)




Saturday 6 September 2014

Bismillah.



assalamualaikum, 

Alhamdulillah, Dengan rasminya saya telah menjadi salah seorang daripada Team Bidadari Asy Syifa.

Terdapat banyak pilihan-pilihan yang menarik untuk muslimah-muslimah semua.
saya akan update dari masa ke semasa untuk shawls yang cantik lagi gojes dan yang paling penting menutup aurat! 

Welcome to the world of Angels! :D 




Thursday 5 June 2014

BuDak GanGstEr sUDah jaDi tUnanGan oRang!

assalamualaikum,

perancangan hari ini konon-konon nak buat esemen, tapi seperti biasa la, kelauttt.
takpe, takpeee jap lagi buat. hihi

hari nie nak story pasal minah senget nie tunang, kitorng panggil die syosyot!. saje nak highlightkan yang aku  jadi makeup retis beliau. muahaha.
bakat terpendam mak jah uolls. ngeh ngeh.
lepas nie nak kene gi kursus mak andam la, boleh wat bisnes. cewah!


haa, starting kasi tengok dulu gambo sebelum makeup. ramai giler kot cakap kitorng kembar and adik beradik. even kat tempat kerja kitorang pun still ade lagi orang keliru ngan kitorang.




taraa! dua-dua settle makeup. dua-dua pun hasil tangan aku. same lagi tak? mesti la lagi same siap ade orang wish congratulation kat aku. sentap mak!

see the gangsterannye. but u r still cute la syosyot.

haa, die nie orang perlis. dan time dorang nie tunang sawah da kering kontang. but nice gak la gambo-gambonye. ajak gi taman tak nak. malu la konon. ceit! photographer by iphong jer.

pakai selipar jer ko mak jemah. hikut ko la. janji bahagia.

the 3 of us, the crazies bff.

 untuk pengetahuan korang, syosyot tunang simple jer. tak payah nak habiskan wet banyak-banyak.
1st - beli kain kat jakel time dorang buat sell hujung tahun, + dapat diskaun sbb aku ade sepupu kerja jakel.
2nd - hantar baju jahit. total : rm 250 kot.
3rd - hantaran dorang simple, buah, kek and gula-gula. yang menghiaskan. aku! jimat habis.

pelamin tak de. photographer takder. makeup retis takde. perghh, memang jimat habis la. tak sampai rm500 kot. owh lupe, untuk makan-makan, parents and makcik die masak, and ade plus tempah kueh kat jiran. settle. majlis berjalan dengan lancarnye.

so, untuk bakal-bakal tunangan yang nak jimat boleh jer nak wat camie, ko nak demand lebih time kawin nanti la kan. nie tunang da demand, majlis gempak kebabom, nanti kawin tak nampak meriah sgt. tapi bergantung pada pendapat masing-masing la kan. dah agak-agak kaya bebeno tak der hall laaa.


settle majlis die, semua sibuk tanya. syu da tunang, ko bile lagi. sadap ar! sibuk hal orang. haha :D sentap mak.

the end. bye! nak sambung wat esemen.
peace yo! :D


Thursday 15 May 2014

Tora datang lagi!

Assalamualaikum. 

Lama dah tinggalkan blog sendiri nie, selalu jenguk-jenguk blog orang lain jer. Nak menaip kat blog sendiri memang pemalas yang amat lah. Lagi pun blog nie tercipta dikala kakiku sedang retak and of coz la keboringan kemelandaan dikala itu. hihi :D

Maka, bila kaki dah sembuh, dah boleh berkerja seperti biasa. Dunia blog terus ditinggalkan. Apakah?! Seperti kacang melupakan kulit. haha ;p aku punya blog kot. sukati ar. muahaha. 

So, tahun nie in sha allah akan berjinak semula mengarang. harap-harap la. sebabnya sekarang nie akan sentiasa mengadap komputer jer. Al maklum la, aku dah jadi seorang pelajar kembali. haha! sementara nak siapkan assignment, bolehlah singgah-singgah blog sendiri untuk lepaskan stess. muahaha! 

Niat apakah itu?! 

  
Nantikan karya-karya agong aku dikemudian hari. Peace! :D


Saturday 13 October 2012

main masak - masak dengan budak

assalamualaikum...

today is saturday! tu jer nak bagitau. haha:D ok. nak story pasal adik aku. adik aku ni peminat game yang tegar. umur baru 6 tahun tapi kuat men game. nama diberi jamsyir adli. tapi kitorang satu family panggil dia acer. sila bace dalam sleng org melayu. kang bace omputih lain bunyi nyer. hikhik. kat facebook ade banyak game kan. salah satu game yang budak tu main chefville. korang main? kalau main invite aku as ur neighbour ok. haha. sempat promote.

haaa. nak dijadikan cerita, sejak acer tu main game chefville die suka masuk dapor and cooking. nak tau ape yang dimasaknya? nie haa. tengok and nilai la sendiri yea. hahaha :D lagi satu perangai die, bile mak aku masuk dapor jer mula la dia nak menyibok. "mama, ada apa - apa yang acer boleh bantu?" kalau mak aku cakap tak der, mau mengamuk menangis nagis tau tak. haaa. susah nak jumper orang camnie. tapi kadang - kadang merunsingkan jugak. yea la, dah tak der bender nak dibuat. nak paksa - paksa. acaner tu?

apakah? campuran kunyit, garam, timun, carrot dll.

hari nie mak aku bagi die masak betul - betul punya. haha. aku as pembantu dia la. untuk menjaga keselamatan beliau. masak ape? cake. haaa. klasss ko acer. jom masak!

 mula - mula masukkan 1 buku butter and 1 cawan gula. kaco kaco kaco sampai la sebati.


 lepas da sebati and gula pun da hancur. masukkan 5 biji telor.

kalau korang nak warna warni asingkan adunan tadi n letak la pewarna yang korang suka. pastu letak kat loyang selang seli.

 masukkan dalam oven. suhu 180c, masa 30 minit. waktu ne acer tunggu depan oven. :D

taraaaaa~ da ciap. jom makan. hebat tak acer masak? hikhik :D



happy reading and selamat tengok kek jer yea. :p

Monday 8 October 2012

kucing dia :)

assalamualaikum....

nak citer pasal kucing aci tak? aku tak bela kucing pun al maklum la, mak aku dah tak larat nak jaga. kalau ko nak jaga ko jaga la makan berak nyer. dulu -dulu waktu adik beradik yang lain ade kat umah boleh gagah lagi nak membela menatang lagi. sekarang sorang - sorang dah kuar dari rumah. yang tinggal mak ngan adik - adik jew.nak bela kat rumah sewa aku macam tak sesuai jew. biase la, rumah apartment. tambah - tambah duk ngan member. bukan sumer suker kucing. kang bau macam ke hapa duk mendap dalam rumah.

waktu zaman muda - mudi dulu, penah bela kucing, ayam katik ker ape tah yang kecik - kecik tu. bela arnab, terbela tupai pun ade kot. tupai tu sendiri menyerahkan diri nya untuk masuk kedalam sangkar. hikhik. tapi bela tupai tu sekejap jer la sebab kekasih hatinya selalu melawat die kat luar sangkar. macam tak sampai hati pulak kitorang tengoknyer. maka, kitorang pun lepaskan la beliau. macam filem hindustan.

kucing yang terakhir bela. terpaksa buang mereka coz kakak aku nak kawin. :'(

aku sangat jelez dengan encik bilal, kat rumah die ade banyak kucing! ada la 10 ekor kot. mula - mula member die bela sekor jer, diorang bagi nama 'meow' tak der idea la tu. main letak jer mane dan. yang lain - lain tu anak cucu meow.


nie la meow. comelkan. bulu die gebu!

 
anak meow yang pertama. 4 ekor. tapi sekarang tinggal 3ekor jew. 

suke tido berhimpit - himpit. yang itam tiger. oren tommy ngan tina. putih snow. tina ilang tah ke mane.


 meow beranak lagi. 


 nie adalah cucu  meow. anak snow. ape tah name. aku dah tak ingat. banyak sangat.

 anak snow lagi sorang sekor.

haa. nie tak der kene mengena dalam hidup meow. kucing nie member aku jumper kat pasar borong. kutip dan bela la sekali ngan anak cucu meow. nasib la boleh ngam.

kesayangan en bilal. tommy.

tommy suke layan adik - adik tiri beliau. :p seorang sekor kucing yang baik.



happy reading dan sayangi lah haiwan. :)