Saturday 13 October 2012

main masak - masak dengan budak

assalamualaikum...

today is saturday! tu jer nak bagitau. haha:D ok. nak story pasal adik aku. adik aku ni peminat game yang tegar. umur baru 6 tahun tapi kuat men game. nama diberi jamsyir adli. tapi kitorang satu family panggil dia acer. sila bace dalam sleng org melayu. kang bace omputih lain bunyi nyer. hikhik. kat facebook ade banyak game kan. salah satu game yang budak tu main chefville. korang main? kalau main invite aku as ur neighbour ok. haha. sempat promote.

haaa. nak dijadikan cerita, sejak acer tu main game chefville die suka masuk dapor and cooking. nak tau ape yang dimasaknya? nie haa. tengok and nilai la sendiri yea. hahaha :D lagi satu perangai die, bile mak aku masuk dapor jer mula la dia nak menyibok. "mama, ada apa - apa yang acer boleh bantu?" kalau mak aku cakap tak der, mau mengamuk menangis nagis tau tak. haaa. susah nak jumper orang camnie. tapi kadang - kadang merunsingkan jugak. yea la, dah tak der bender nak dibuat. nak paksa - paksa. acaner tu?

apakah? campuran kunyit, garam, timun, carrot dll.

hari nie mak aku bagi die masak betul - betul punya. haha. aku as pembantu dia la. untuk menjaga keselamatan beliau. masak ape? cake. haaa. klasss ko acer. jom masak!

 mula - mula masukkan 1 buku butter and 1 cawan gula. kaco kaco kaco sampai la sebati.


 lepas da sebati and gula pun da hancur. masukkan 5 biji telor.

kalau korang nak warna warni asingkan adunan tadi n letak la pewarna yang korang suka. pastu letak kat loyang selang seli.

 masukkan dalam oven. suhu 180c, masa 30 minit. waktu ne acer tunggu depan oven. :D

taraaaaa~ da ciap. jom makan. hebat tak acer masak? hikhik :D



happy reading and selamat tengok kek jer yea. :p

Monday 8 October 2012

kucing dia :)

assalamualaikum....

nak citer pasal kucing aci tak? aku tak bela kucing pun al maklum la, mak aku dah tak larat nak jaga. kalau ko nak jaga ko jaga la makan berak nyer. dulu -dulu waktu adik beradik yang lain ade kat umah boleh gagah lagi nak membela menatang lagi. sekarang sorang - sorang dah kuar dari rumah. yang tinggal mak ngan adik - adik jew.nak bela kat rumah sewa aku macam tak sesuai jew. biase la, rumah apartment. tambah - tambah duk ngan member. bukan sumer suker kucing. kang bau macam ke hapa duk mendap dalam rumah.

waktu zaman muda - mudi dulu, penah bela kucing, ayam katik ker ape tah yang kecik - kecik tu. bela arnab, terbela tupai pun ade kot. tupai tu sendiri menyerahkan diri nya untuk masuk kedalam sangkar. hikhik. tapi bela tupai tu sekejap jer la sebab kekasih hatinya selalu melawat die kat luar sangkar. macam tak sampai hati pulak kitorang tengoknyer. maka, kitorang pun lepaskan la beliau. macam filem hindustan.

kucing yang terakhir bela. terpaksa buang mereka coz kakak aku nak kawin. :'(

aku sangat jelez dengan encik bilal, kat rumah die ade banyak kucing! ada la 10 ekor kot. mula - mula member die bela sekor jer, diorang bagi nama 'meow' tak der idea la tu. main letak jer mane dan. yang lain - lain tu anak cucu meow.


nie la meow. comelkan. bulu die gebu!

 
anak meow yang pertama. 4 ekor. tapi sekarang tinggal 3ekor jew. 

suke tido berhimpit - himpit. yang itam tiger. oren tommy ngan tina. putih snow. tina ilang tah ke mane.


 meow beranak lagi. 


 nie adalah cucu  meow. anak snow. ape tah name. aku dah tak ingat. banyak sangat.

 anak snow lagi sorang sekor.

haa. nie tak der kene mengena dalam hidup meow. kucing nie member aku jumper kat pasar borong. kutip dan bela la sekali ngan anak cucu meow. nasib la boleh ngam.

kesayangan en bilal. tommy.

tommy suke layan adik - adik tiri beliau. :p seorang sekor kucing yang baik.



happy reading dan sayangi lah haiwan. :)

Tuesday 2 October 2012

nasi lemak budak sekolah rendah

assalamualaikum...

hari ini aku teman puan mak ke bangi lama ( rumah lama ), beliau nak jumper nenek belakang rumah. rindu! setibanya kitorang kat sane, tink~ kedai acik yati bukak lagi! hape lagi macam hantu la aku suruh mak aku pegi sane nak makan nasi lemak beliau yang sedap tu. yea! lepas beli tak dapat makan terus. kene tunggu puan mak habis menyembang ngan nenek. dalam otak aku dah pikir nak melantak nasi lemak tu jew. hakhak :D pong pang pong pang. satu jam beliau menyembang.

waktu nak gerak balik tu, ade budak kecik nama dia sofia kot? hihi :) sofia nie kiranya cucu nenek la. tengah salam - salam, peluk- peluk, cium - cium. tetibe beliau bagi sumthing kat aku. haaaaa? tergamam jap. apakah?? rupa - rupanya die sempat pegi petik bunga putik belimbing then masukkan dalam plastic pastu kasi aku bunga tu. erk! kenapa? rupa - rupanya mak aku ada tanya nenek, ade tak belimbing? nenek cakap la xder, bunga jer ade. budak tu dengar bantai die pegi petik bunga. adush! lurus bendui la adik nie..pape pun awak sgt sweet adik comel!
 
  bunga belimbing macam nie la ghopenyer. :)

ok! da lari pada tajuk nie. ape tadi? haa. nasi lemak. nasi lemak acik yati nie still berbungkus dengan plastik n surat khabar macam dulu - dulu. rasa? usah dikenang la.. terangkat beb! dulu time kecik - kecik, WAJIB makan nasi lemak beliau. kalau tak rase tak nak hidup jer. haha. ok! tipu jer.

ini adalah nasi lemak yang telah dicilok dari en google. nasi lemak acik yati tak dan nak snap pic.tau - tau dah masuk perut dengan selamatnya. :)



happy reading dan selamat menglunchkan diri :)




Segmen : Tangkap Follower Sebanyak Mungkin

assalamualaikum...

ehem! tengah blogwalking, tink~ jumper lagi segmen yg boleh menambahkan korang punya follower. tarikh segmen nie telah diganjakkan sehingga diberitahu. ok! come on korang. tambah lagi korangnyer follower. 



cara - cara serta syarat - syarat penyertaan korang boleh klik kat SINI

follower aku setakat nie just 75 orang sahaja. *maaf,xbleh nak printscreen. ade masalah teknikal. huhu :(


happy reading dan selamat menambahkan kenalan! :)

Segmen : Giveaway me & my family


assalamualaikum...

hari ni aku dok usha - usha blog orang. tetibe jumpa nie. tink~ segmen giveaway me & my family dari tuan tanah ni. hadiah berupa handbag dari beliau dan juga fridge magnet handmade. best kan. jom la cuba !


cara - cara penyertaan serta syarat - syarat penyertaan sila rujuk page beliau kat SINI. sekian! 


happy reading and wish me luck ! *blog dah bersarang tak masukkan entry. sibok menambah follower sampai lebam! hikhik :D

Tuesday 25 September 2012

::Jom tingkatkan followers sampai lebam::


assalamualaikum...

Jom tingkat follower sampai lebam k.. sape nk join sila click sini

ada syarat2 nyer, tapi senang jew syaratnye. tak der la payah benoo..

insyaallah, nanti aku follow korg balik!
:)



saya baru ade 6 orang followers. sobs~ *buat ayat sedih! padahal baru aktif blog. lol~



happy reading dan selamat mengfollow saye. *jgn lupe klik2 nuffnang kat atas. :p

Sunday 23 September 2012

tempat hiking ke-4

assalamualaikum...

hari ini aku na cerita tempat mendaki yang seronok. BUKIT SAGA. sangat seronok dan paling mencabar stamina! track die pun agak panjangggg. silap aribulan korang boleh tembus ke hulu langat. :D macam biase aku akan print map supaya tak sesat jauh. jom layan gambar kami mendaki yang terakhir buat setakat ini. mungkin akan buat perancangan mendaki gunung kinabalu. cewah!


ok! kalau teringin nak try hiking kat sini google map jalan saga 28. then akan nampak tangga belakang tu..permulaan pendakian. bukit nie dekat ngan kawasan perumahan jew. so, senang nak cari. :)

naik jer tangga tadi, akan lalu satu lorong gelap! hikhik. acah jer. lorong nie la.cerah jew. jangan takut.dan jangan lupe! sebelum mulakan pendakian, sila baca doa ok. 

 haa~ agak - agak malu tak ngan budak - budak nie? kitorg baru nak daik, dorg dah nak turun dah. giler gempak adik - adik ni. 

nampak tak betapa lah curam. merangkak - rangkak nak naiknya. :)

tempat nie dijaga oleh persatuan pendaki kat sini. nampak tak ade tali kat belakang tu. kalau bukit tu terlalu curam, dorang ade sediakan tali tuk tampung badan kite tuk naik. 

 ok. nak perasan jap. jangan sibok ar. :p

 nampak tak tali tu? haa. pegang kuat - kuat tuk naik atas.

 tengok keadaan bukit nie yang tak sekata dan bertangga - tangga.

dekat sini pun ade disediakan tempat berehat. nampak tak yang berbumbung belakang tu? tapi masa kitorang lalu, ramai sangat orang. so kitorang teruskan la perjalanan. 

no men allowed! hahaha :) sila balik yea wahai lelaki. *jgn buang sampah merata - rata. 

rock climbing cikit. klu xnak boleh lalu jalan biase kat sebalah tu. kalau nak merasa silakan. seronok!

akhirnya, jumpa tempat untuk berehat!

haa~ tujuan utama kami adalah : waterfall...yepppiiii~

malangnyer, tak jumper. hehe :) nie pic kitorg da turun. nampak, siap ade buaian lagi..buai laju - laju. aku nak kawin ngan anak raja. eh? 

tunggu anak raja datang naik kuda. :p

kat celah batu belakang tu ade air mengalir. sila lah basuh kasut anda yang dah berlumut segala bagai tu, kang naik kereta kotor pulak. berus sabut disediakan. 

dapat main air kat kaki bukit jer la. waterfallnyer tak jumper. sobs~ :')

haa~ kat bawah tu ade jual buah - buahan dan air! sangat nikmat ok bile da penat menikmati tembikai ngan air 100plus.

oleh disebabkan tak puas hati tak dapat jumper waterfall kat sini kitorg plan nak pegi satu tempat yang ade waterfall! nak tahu?

papehal, penuhkan perut yang dah berbunyi gendang gendut. terliur tak tengok ABC kitorg? hakhak :p

kitorang makan kat pondok nie. best kan. 

 sementara nak sampai ke waterfall ni, singgah ker empangan ape tah. tak ingat. hakhak :)

 haa~ dah sampai kat SG GABAI. tempat yang best. tak der orang langsung time kitorang pergi tu sebab time weekday. well~ waterfall nie hak milik kitorang seketika. :)

 muker seronok dapat air! ceh~ padahal peluh dah hilang kene aircond dlm keter.

lepas abeh mandi kasi pekene
aiskrim roti. yummy~ sila habiskan aiskrim baru naik kereta aku ok! hehe :D


amacam? best tak program kitorang. mesti teringin jew nak pergi. cuba la. sekali - sekala meluangkan masa dengan aktiviti extreme camnie. eh? extreme ker? boleh la sikit. 


happy reading & thanks. majulah sukan untuk negara. eh? tetibe.

Saturday 22 September 2012

tempat hiking ke-3

assalamualaikum...

hari nie aku nak cerita pasal tempat mendaki yang seterusnya..kalau korg ade masa cuba lah! seronok dan boleh ketagih beb.haha:D setelah berjaya tawan bukit tabur, ceh! macam la tinggi sangat nak tawan segala bagai. next bukit is BUKIT GASING. kat mane? kat jalan gasing lah. hihi. kalau nak pergi ikot federal hgway then korang akan nampak signboard tulis jalan gasing.

time nak pegi sini, kete aku sakit! :'( so, dengan gigihnyer aku sewa kete.haha :D punya la semangat nak mendaki jugak. kitorg just sewa kereta kancil jer. murah sikit. wink~

kereta aku gara-gara nak buat BBQ kat PD. setelah beberapa bulan kejadian baru lah tahu nape kereta aku xcident! rupa-rupanya, mmber aku yang perap ayam tu pakai sos ape tah.tapi HARAM punye! choii~ patot la kereta aku boleh eksident dan esoknya aku diarrhea. binawe tul budin nie.


ok! berbalik pada cerita pendakian kitorang, sebelum pegi aku da goole map da and print ok! takot sesat..haha:D perjalanan bermula seawal 7.30am.ceh~ xder la awal sangat. perjalanan kurang lancar, biase la.waktu pagi-pagi macam nie orang sibok nak pergi kerja. kitorg pulak sibuk nak mendaki. nak buat macam mane, orang kerja shift memang macam nie. nasib~ kitorg sampai kat tmpat dituju dalam pukul 8.30am. ok la tu...

sesat jap! padahal da print map. ape pun tak boleh. kereta sewa barai. xbest bawak! 

haa! dah sampai. tempat nie memang seronok sebab tempat nie dipelihara oleh majlis perbandarannnnnnn ape tah. haha :D tak amek tahu. maaf! ok, jom mula kan pendakian...

baru beberapa langkah da stop amek gambar lagi..well, nak wat camner, sumernyer giler gambar..:D

jalannn depan sikit akan jumper jambatan nie plak..sebenarnyer ade bnyak track..so ikot korg la nak ikot mane satu, janji ikot jer direction. kitorang ikot jambatan ni.... :)
 
 
salah satu tempat berehat..seronok..kitorang makan kat sini..:)


ade tempat duduk yang sangggggat luas..:D 


 motif utama! jambatan gantung..weeeee~


 kat sini korg akan nampak banyak bender alah nie..macam-macam logo. aktiviti sekolah kot! jejak kasih? tetibe.

bestie aku + roomate.. suke buli aku. nasib la ko kurus nyot!

lagi sorg bestie + pembuli tegar aku.. syot! ko berat sikit la. tapi aku kat badang! haha :)

 notis pemberitahuan yang menghancur kan harapan setian insan :P




pengakhirannyaaaa..penemuan kami...oh! sadis.. hancur hati ku...:')

 no entry! xmerasa nak naik jambatan gantung..hukhuk


relax lu.. nak gerak balik dah..xnak teruskan perjalanan coz hampa tengok jambatan tu. ok!tipu je. jam da lewat petang,so kene la gerak balik..


 waktu nak balik kitorg malas nak lalu ikot hutan..makanya, kami keluar ikot belakang rumah orang..

sila jaga kebersihan! nanti cikgu marah..





 ingatkan lagi dekat ikot jalan luar, rupa-rupanya... ya ampun! lagi jauh..


 
tengok tu, punya la lenggang jalan tu..sampai boleh baring berguling-guling kat area ni..kawasan rumah orang kaya..



aku nak cerita sikit waktu kitorang nak balik nie kitorang main taram jer jalan..bukan tau jalan pun, tapi main ikot 'kot kot' je. mula-mula nampak kereta polis buat rondaan, nak tahan, tak nak, nak tahan, tak nak. last-last kereta polis tu berlalu. tak der makner nak keja kan. pastu kitorang teruskan jer la perjalanan ikot rentak kaki.. lastly, kitorang nampak posmen! dengan cepatnye kitorg tahan abang posmen tu untuk tanya jalan. haha! terkejut beruk abang posmen tu kene tahan ngan kitorg, mesti die ingat die kene rompakan bersenjata ke hape. akhirnya, batang hidung kereta nampak. dengan hati girang kitorang balik rumah...sekian... :)



happy reading & thanks :D jom sihatkan badan!