Saturday 13 October 2012

main masak - masak dengan budak

assalamualaikum...

today is saturday! tu jer nak bagitau. haha:D ok. nak story pasal adik aku. adik aku ni peminat game yang tegar. umur baru 6 tahun tapi kuat men game. nama diberi jamsyir adli. tapi kitorang satu family panggil dia acer. sila bace dalam sleng org melayu. kang bace omputih lain bunyi nyer. hikhik. kat facebook ade banyak game kan. salah satu game yang budak tu main chefville. korang main? kalau main invite aku as ur neighbour ok. haha. sempat promote.

haaa. nak dijadikan cerita, sejak acer tu main game chefville die suka masuk dapor and cooking. nak tau ape yang dimasaknya? nie haa. tengok and nilai la sendiri yea. hahaha :D lagi satu perangai die, bile mak aku masuk dapor jer mula la dia nak menyibok. "mama, ada apa - apa yang acer boleh bantu?" kalau mak aku cakap tak der, mau mengamuk menangis nagis tau tak. haaa. susah nak jumper orang camnie. tapi kadang - kadang merunsingkan jugak. yea la, dah tak der bender nak dibuat. nak paksa - paksa. acaner tu?

apakah? campuran kunyit, garam, timun, carrot dll.

hari nie mak aku bagi die masak betul - betul punya. haha. aku as pembantu dia la. untuk menjaga keselamatan beliau. masak ape? cake. haaa. klasss ko acer. jom masak!

 mula - mula masukkan 1 buku butter and 1 cawan gula. kaco kaco kaco sampai la sebati.


 lepas da sebati and gula pun da hancur. masukkan 5 biji telor.

kalau korang nak warna warni asingkan adunan tadi n letak la pewarna yang korang suka. pastu letak kat loyang selang seli.

 masukkan dalam oven. suhu 180c, masa 30 minit. waktu ne acer tunggu depan oven. :D

taraaaaa~ da ciap. jom makan. hebat tak acer masak? hikhik :D



happy reading and selamat tengok kek jer yea. :p

Monday 8 October 2012

kucing dia :)

assalamualaikum....

nak citer pasal kucing aci tak? aku tak bela kucing pun al maklum la, mak aku dah tak larat nak jaga. kalau ko nak jaga ko jaga la makan berak nyer. dulu -dulu waktu adik beradik yang lain ade kat umah boleh gagah lagi nak membela menatang lagi. sekarang sorang - sorang dah kuar dari rumah. yang tinggal mak ngan adik - adik jew.nak bela kat rumah sewa aku macam tak sesuai jew. biase la, rumah apartment. tambah - tambah duk ngan member. bukan sumer suker kucing. kang bau macam ke hapa duk mendap dalam rumah.

waktu zaman muda - mudi dulu, penah bela kucing, ayam katik ker ape tah yang kecik - kecik tu. bela arnab, terbela tupai pun ade kot. tupai tu sendiri menyerahkan diri nya untuk masuk kedalam sangkar. hikhik. tapi bela tupai tu sekejap jer la sebab kekasih hatinya selalu melawat die kat luar sangkar. macam tak sampai hati pulak kitorang tengoknyer. maka, kitorang pun lepaskan la beliau. macam filem hindustan.

kucing yang terakhir bela. terpaksa buang mereka coz kakak aku nak kawin. :'(

aku sangat jelez dengan encik bilal, kat rumah die ade banyak kucing! ada la 10 ekor kot. mula - mula member die bela sekor jer, diorang bagi nama 'meow' tak der idea la tu. main letak jer mane dan. yang lain - lain tu anak cucu meow.


nie la meow. comelkan. bulu die gebu!

 
anak meow yang pertama. 4 ekor. tapi sekarang tinggal 3ekor jew. 

suke tido berhimpit - himpit. yang itam tiger. oren tommy ngan tina. putih snow. tina ilang tah ke mane.


 meow beranak lagi. 


 nie adalah cucu  meow. anak snow. ape tah name. aku dah tak ingat. banyak sangat.

 anak snow lagi sorang sekor.

haa. nie tak der kene mengena dalam hidup meow. kucing nie member aku jumper kat pasar borong. kutip dan bela la sekali ngan anak cucu meow. nasib la boleh ngam.

kesayangan en bilal. tommy.

tommy suke layan adik - adik tiri beliau. :p seorang sekor kucing yang baik.



happy reading dan sayangi lah haiwan. :)

Tuesday 2 October 2012

nasi lemak budak sekolah rendah

assalamualaikum...

hari ini aku teman puan mak ke bangi lama ( rumah lama ), beliau nak jumper nenek belakang rumah. rindu! setibanya kitorang kat sane, tink~ kedai acik yati bukak lagi! hape lagi macam hantu la aku suruh mak aku pegi sane nak makan nasi lemak beliau yang sedap tu. yea! lepas beli tak dapat makan terus. kene tunggu puan mak habis menyembang ngan nenek. dalam otak aku dah pikir nak melantak nasi lemak tu jew. hakhak :D pong pang pong pang. satu jam beliau menyembang.

waktu nak gerak balik tu, ade budak kecik nama dia sofia kot? hihi :) sofia nie kiranya cucu nenek la. tengah salam - salam, peluk- peluk, cium - cium. tetibe beliau bagi sumthing kat aku. haaaaa? tergamam jap. apakah?? rupa - rupanya die sempat pegi petik bunga putik belimbing then masukkan dalam plastic pastu kasi aku bunga tu. erk! kenapa? rupa - rupanya mak aku ada tanya nenek, ade tak belimbing? nenek cakap la xder, bunga jer ade. budak tu dengar bantai die pegi petik bunga. adush! lurus bendui la adik nie..pape pun awak sgt sweet adik comel!
 
  bunga belimbing macam nie la ghopenyer. :)

ok! da lari pada tajuk nie. ape tadi? haa. nasi lemak. nasi lemak acik yati nie still berbungkus dengan plastik n surat khabar macam dulu - dulu. rasa? usah dikenang la.. terangkat beb! dulu time kecik - kecik, WAJIB makan nasi lemak beliau. kalau tak rase tak nak hidup jer. haha. ok! tipu jer.

ini adalah nasi lemak yang telah dicilok dari en google. nasi lemak acik yati tak dan nak snap pic.tau - tau dah masuk perut dengan selamatnya. :)



happy reading dan selamat menglunchkan diri :)




Segmen : Tangkap Follower Sebanyak Mungkin

assalamualaikum...

ehem! tengah blogwalking, tink~ jumper lagi segmen yg boleh menambahkan korang punya follower. tarikh segmen nie telah diganjakkan sehingga diberitahu. ok! come on korang. tambah lagi korangnyer follower. 



cara - cara serta syarat - syarat penyertaan korang boleh klik kat SINI

follower aku setakat nie just 75 orang sahaja. *maaf,xbleh nak printscreen. ade masalah teknikal. huhu :(


happy reading dan selamat menambahkan kenalan! :)

Segmen : Giveaway me & my family


assalamualaikum...

hari ni aku dok usha - usha blog orang. tetibe jumpa nie. tink~ segmen giveaway me & my family dari tuan tanah ni. hadiah berupa handbag dari beliau dan juga fridge magnet handmade. best kan. jom la cuba !


cara - cara penyertaan serta syarat - syarat penyertaan sila rujuk page beliau kat SINI. sekian! 


happy reading and wish me luck ! *blog dah bersarang tak masukkan entry. sibok menambah follower sampai lebam! hikhik :D